Sunday, August 26, 2012

My Eid~~

 "Taqabballahhu minna wa minkum, taqabbal ya karim"


Bau, Serian, Tebakang, Petrajaya, Santubong, Engkilili, Sri Aman, Kota Samarahan..Inilah tempat-tempat beraya tahun ni,

Open-House, Pasaraya, Airport...Airport..destinasi pilihan yang paling kerap dikunjungi sempena Aidilfitri. Menginap di Serian, semua tempat pergi-balik hari. Memang betul-betul beraya di atas jalan raya. Inilah perasaannya menjadi anak perantauan yang beraya di perantauan. Sebelum ini hanya mendengar pengalaman sahabat-sahabat, kali ini merasainya sendiri. Semuanya baik kecuali ketiadaan keluarga...ya, tiada.

Merasai ikatan ukhwah sesama Muslim, merasai nilai budi setiap insan yang berada di sekeliling. menghargai semuanya dan mensyukuri segala nikmat yang Allah kurniakan kepada diri ini. Alhamdulillahillazi tatimmussolihat!

Oh ya! Raya kali ini adalah satu latihan meng"handal"kan pemanduan kereta. Yalah, ulang-alik berkali-kali. Kawan yang sorang tu dah makin mahir, diri sendiri pon bolehlah berani sikit dari dulu-dulu..^_^

Raya...kemenangan..erm,sekarang sedan berjuang! Jalan masih panjang...Moga akan ada kemenangan yang Haqiqi suatu hari nanti. Ameen.


Hidangan pagi raya di rumah sewa

sepanjang perjalanan...teruskanlah...^_^


SELAMAT MENYAMBUT LEBARAN YANG MULIA
MAAF ZAHIR BATIN
SENTIASALAH MENSYUKURI NIKMAT ALLAH
DAN JADIKAN DIRI KITA JUARA
YANG BERJAYA MENGATASI HALANGAN DUNIA
DAN MEMENANGI ANUGERAH DI AKHIRAT SANA.

p/s: Raya Korban pon tak balik jugak..:P


*******************
“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”


2 sahabat/iah:

Syida said...

huhu..syida dh pernah g kota samarahan tu..suka dia punya buah nanas manis gila...xmcm kt semenanjung masam ('',)

tasnim said...

huhu, kak da tak rasa lagi..