Ada derai airmata yang mengalir lebat di dalam dada. Ada sendu yang berirama mengah disanubari. Fikiran kelu dengan senyuman tergaris lesu di bibir, sekadar menyembunyi rasa dan meraikan yang ada di depan mata. Seingatnya, ketika mula tiba, bukan perasaan itu yang terasa. Sebaliknya dengan penuh kesyukuran menerima segala apa yang ada. Entah kenapa, kini bila terjumpa "mereka", hati pecah berderai di landa kebimbangan yang tidak bertepi. Bahu roboh tertimpa gunung tanggungjawab yang terlalu berat. Hanya Allah yang Maha Tahu keadaan itu. "Mereka!", keadaan "mereka" buatku lesu, dan bisu dalam jeritan ketakutan yang teramat dalam.
Wajah comot yang "bersih" itu, kelihatan natural tanpa sebarang kerisauan. Galak bergurau dan bersenda. Ringkas dan biasa-biasa aja. Memandang dengan pandangan yang berkaca, betapa kosongnya "mereka" dan betapa berdosanya aku!
"Mereka" tidak ramai, namun kisah "mereka" juga tidak mudah! Minda mereka terlalu mentah hinggaku bagai tak mampu mengisi. Aku lah yang menangis, dalam kepayahan ini, dalam keinginan untuk melarikan diri dan menyelamatkan mimpi, ada perasaan bersalah yang menghimpit! Mustahil ku tinggalkan "mereka" setelah mereka kini selamat diamanahkan kepadaku!
Selamat yang mungkin ya, mungkin tidak...aku tidak tahu kerana bukan aku penentunya. Tugasku mengajarkan sedaya upaya. Itu sahaja! Ya ALLAH! Bantulah hambaMu menghangatkan kembali airmata itu, supaya titisannya nanti mengalir hanya kerana cintaMu. Tak Dingin membeku dalam sendu keliru, tapi gugur atas erti tahu dan mahu, lalu menghangat semarak hangat perjuangan para syuhadaMu...
Ameen ya Allah, Ameen ya Rahman, Ameen ya Rahim..
2 sahabat/iah:
alor kak... jange sedey2... 2 minggu, mencabar ke? xpe, deq pasti ada nilainya pd masa akan datang..
Yang telah dinukilkan, saya sokong itu. Tapi saya takut itu. Minta dijauhkan itu. Moga tak diri ke situ.
Post a Comment