Wajahmu seolah memberi amaran,
jangan diganggu keadaan,
tampak tegang
dalam jerut resah
di persimpangan perjuangan
cahaya ketenangan,
yang dulu tampak benar di wajahmu
sedikit kabur
dek api amarah
yang membara dalam diam
tersudut di hati..
Sahabat,
bukanlah kita telah dipesankan,
andai amarah menyinggah datang
bersegera lari dari medan pergaduhan,
berwudhuk menyejuk hati dan perasaan,
juga ubahlah kedudukan badan..
Namun, aku akur
perjuangan perlukan ketegasan
kerana ia membina peraturan
dan menjaga kemaslahatan..
sahabat,
dalam tika itu,
jangan lupa memohon ampunan Tuhan
jangan lupa merujuk petunjuk al-Quran
jangan luoa mengamal sunnah tinggalan
sahabat,
daku ingin engkau kembali tenang
dan langkah gah mu kembali terancang
walau sebu dalam kesakitan,
tetap tegar memburu rahmat Tuhan.
4 Mac 2010
9:35 am
FP C13 UTM
to ;
Sahabat-sahabat coursemate..sabarlah mengharungi tugasan yang menggunung, moga ada hikmatnya ats apa yang berlaku. Juga bersabarlah atas kesakitan yang ditanggung (buat yang jatuh sakit sepanjang sem ini dan ada yang ditahan di wad)
Sabahat-sahabat yang memegang taklifan kepimpinan. Ingatlah kepimpinan mengajar kita untuk lebih menguruskan diri sendiri keran menjadi pemimpin seolah-olah kita meletakkan diri dihadapan khalyak ramai untuk dinilai oleh orang lain. Apatah lagi taklifan yang memberat..moga Allah meringankan bebanan.. (IMPI,PMI,IQRA',RM,JKSK , MPP)
Sahabat-sahabat yang memegang amanah program. Selamat menjalankan tugas masing-masing. Amanah juga merupakan suatu peluang untuk kita belajar.
dan untuk semua;
Hakikatnya, amanah itu ada di setiap bahu mukallaf..kemana kita lari, ia tetap berada dipundak kita. Mohonlah kepada Allah untuk diringankan sedikit bebanan dan yakinlah, masalah akan menjadikan kita lebih matang dan berpeluang untuk lebih akrab dengan Allah.InsyaALLAH..ameen..
P/S: Salam ukhwah utk semua shbt2..sama2 saling membahu dalam perjuangan ini. =)
0 sahabat/iah:
Post a Comment