Wednesday, December 26, 2012

Antara



Januari semakin hampir, bermakna sekolah dan sesi pengajian akan bermula dengan segera. Sekolah akan dibuka. Pembelajaran akan bermula. Tugas yang tertinggal semasa bercuti akan disambung segera. Terdapat pelbagai perkara yang perlu diuruskan dan juga disusun atur semula. Ya, sekolah bukan tempat pengajaran semata. Ia juga sudah menjadi pusat dokumentasi dan rekod.

Anak-anak murid yang ditinggalkan. Mereka yang punya pelbagai ragam akan ditemui kembali. Nilai dan ciri pendidikan mesti terus disematkan agar mereka sekurangnya dapat menjalani kehidupan sebagai seorang insan dengan baik. Baik pada jiwanya, baik pada zahirnya. Dan baik itu bukan diukur pada neraca fikiran manusia semata, ia perlu berlandaskan syariah dengan sebenar-benarnya. Ianya sebuah perjuangan yang perlu diteruskan selagi ada yang bergelar manusia. 

Ada sahabat yang telah pulang awal ke sekolah. Demi menggalas tanggungjawab yang diberikan, perlukan persediaan yang rapi supaya prosesnya nanti dapat berjalan dengan selesa. Status mereka di FB juga turut meransang semangat untuk kembali bersedia.



Antara yang telah kembali...

Cuma, kali ini hati ada yang terbelah bahagi. Ada semangat, tapi masih perlu diperkuatkan lagi. Melihat keadaan ayah yang masih perlukan sokongan dan bantuan untuk berjalan. Malah mak juga yang semakin kurang upayanya. Hati bagaikan tak sudi melangkah untuk kembali ke sana. Asasnya mudah dan jelas, hanya tinggal emak, ayah dan adik sahaja di rumah. Adik akan mulai pengajian semula hujung bulan ini sementara menanti keputusan peperiksaan. Situasinya, agak payah untuk proses kehidupan seperti sebelum ini berjalan. Ayah masih perlukan rawatan susulan dan emak memang tak boleh tinggalkan ayah. Abang,kerja...dan banyak tanggungjawab lagi. Anak-anak lain semuanya di perantauan.

Allahu Akbar!! Adakah terlalu bimbang pada ketetapan sebuah taqdir? Bukankah ALLAH masih ada walau apa jua keadaan dan tempat? Astagfirullah...ya, keyakinan itu masih ada. Namun, maaf...sebak dan sedih itu tak dapat disisa.

Jadi, pergi tetap pergi kerana tugas dan tanggungjawab yang menanti. Meskipun sebenarnya terasa bagai meninggalkan satu tanggungjawab yang amat berat di sini. Kadang-kadang tak pasti jika akur itu adalah satu-satunya jalan yang wujud. Oleh itu, kita usahakan juga, walau tak pasti bila keputusannya. Kalau ada pilihan, tentu jawapannya ada. Akan tetapi bila tiada pilihan, apa yang ada hanyalah terpaksa. Namun, terpaksa itu biarlah ikhlas jua. Mudah-mudahan, Allah terima akan amalnya. Ameen.

dan...
 
Untuk pertama kalinya, menitis airmata mereka.

Ya Allah, ampunilah dosa mereka..berikan mereka kehidupan yang Engkau redhai di dunia dan Akhirat. Ameen.

[ somewhere and somehow, tears become a part of my strength]


p/s: Anak kunci Syurga di depan mata perlu ditinggalkan....T_T

************************

Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”


Thursday, December 13, 2012

Seorang...




 Dengan nama ALLAH...


Seorang lelaki dan sebuah rumah. Pengunyahan kisah hidup seorang insan biasa yang telah lama saya ingin tulis. Ramai orang telah melalui hakikat menjadi insan ini. Seorang lelaki dan sebuah rumah, bukanlah tentang kisah cinta, walaupun sebenarnya ia benar-benar adalah sebuah kisah cinta yang dalam. Tapi, saya yakin, kunyahan ini tidak cukup hancur, apatah lagi lumat. Ya, hanya coretan mengenainya sahaja. Susah mahu mengunyah kisah yang cukup panjang dan dalam ini. Tunggulah suatu masa nanti. Hanya seorang lelaki sahaja, saya kira, mampu mengunyahnya dengan hadam. Bila dia juga telah sampai ke suatu “situasi” itu!


**************

Tiada pelajaran, tiada harta tinggalan. Lelaki itu hanya seorang lelaki biasa yang belajar untuk hidup sama seperti insan/lelaki lain yang juga lahir sama sepertinya. Apa yang disyukuri, dia lahir sempurna dengan segala kurniaan ALLAH, diberikan kesihatan yang kadang kala disapa ujian. Dia benar-benar seorang lelaki biasa dalam kelompok masyarakat yang biasa. Kerjanya membanting tulang seperti lelaki-lelaki lain. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Lihat dan dengar semua itu, memang terasa kebiasaannya.

Alah! Mari memudahkannya! Lelaki itu adalah seorang ayah, yang berusaha bekerja membesarkan anak-anaknya. Dia menyara atas bantingan tulang dan perahan keringat. Bertungkus lumus di bendang dan ladang, di sawah dan padang. Semuanya tempat berkampung demi rezeki dan nafkah. Dan dalam kedaifan hidup itu, seorang ayah tetap juga membina sebuah rumah, yang kadang kala bagai tak logik dipandangan mata. Rumah yang mungkin, kita lihat seperti biasa sebab kita benar-benar dah biasa, tanpa tahu betapa tinggi nilainya…

**************

Maaf. Sudah tak dapat mencoret lagi. Cukuplah dulu setakat ini jika masih ada ‘nanti’.

****************

Petang tu semua pakat jadi buruh binaan. Abang Own pegang kepala tiang konkrit 8 kaki tu, kami yang  berenam ni (K.Syikin, Nadia, kak long, Asyraf yang tingkatan 1 tu dan Aiman yan darjah 5 tu) pakat pegang bahagian tapak. Ya Rabbi! Memang berat tahap gaban kot! Tiang konkrit la. Huhu, nak buat bilik air belakang umah tu, untuk bilik orang sakit. Dulu,,,,masa ayah buat semua tu memang tak kacau kami pon. Buat sendiri saja. La ni sebab ayah dah tak boleh lagi, baru kami jadi kerahan tenaga semua. Tak terjangka kan! ALLAH…mesti ayah sedih dan susah hati tengok kami semua petang tu….tapi itulah hakikatnya, hidup perlu diteruskan. Moga ayah cepat sembuh semula. BUKAN untuk buat kerja lagi…cukuplah sembuh seperti layaknya insan tua yang biasa…Ameen.

Kesian jugak kat mak…

Alhamdulillah ‘ala kulli hal wa niqmah.

( Buat para pemuda : bila kita sibuk nk cari bidadari, mungkin dia ada di tepi.. tapi kita tak sedar siapa.. Cuma, ALLAH dah bagi yang jelas di depan mata..dua anak kunci syurga..pilihlah untuk pegang ia dengan seteguhnya)


**********

“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”

Sunday, November 25, 2012

Only 5



Hanya 5 Minit

Alif, Ba,Ta,
A, Ba, Ta
Ka ta ba, ja la sa,

Lambat, lambat, sangat lambat. Masa yang diambil juga tidak boleh terlalu lama. Mereka akan hilang tumpuan dengan cepat. Cepatlah, jantung hati dah bergegar laju. Aishy..masih ada 4 orang lagi. Mereka sudah mula bergerak-gerak. Gerakan yang semakin lama semakin “membesar”.

“Dum!” bunyi kerusi tumbang memenuhi ruang bilik pengajian. 

“Safari!” terkeluar juga suara separuh jeritan itu dari anak tekak. Wah, suka betul mereka bergerak! Akhirnya dah tumbang kerusi yang sepatutnya berdiri tegak dan segak tu. Kalau belajar lambat betul, tapi kalau bergerak..hurm kalah ratu pecut!

Cuba beritahu saya, apa cara terbaik mengajar mereka yang seperti ini. Jumlah tidak ramai dan asas pengajian perlu bermula dari sifar. Mereka sangat mudah hilang tumpuan. Betul, saya ingin adakan permainan namun ia tak dapat menghasilkan apa-apa kerana mereka tiada asas untuk itu. Saya perlu tarik seorang demi seorang dan cakap “Baca iqra’ kamu tu!”. Target saya, sekurangnya mereka dapat membaca. Pemahaman tak lah susah sangat, tapi kalau berkait dengan ingatan memang sangat sukar. Tumpuan yang tidak berfokus, singkat (hanya 5 minit) dan mudah berubah-ubah memang menjadikan kelas ini agak “liat” untuk dihadam. Malah, perbezaan umur dan kebolehan (multiple intelligent) serta masalah pembelajaran (learning disability) yang tersendiri turut sama tumpah mewarnai corak pembelajaran di dalam kelas ini. 


“They only can focus for just 5 minutes to you, lepas tu mereka akan mulalah..main sana, cuit sini. Sebab itulah madam suruh kita pelbagaikan aktiviti. Untuk jangka masa 30 minit berapa banyak bentuk aktiviti yang perlu berubah-ubah..cikgulah juga yang kena tarik-tarik masa”, terngiang-ngiang kata-kata seorang guru senior yang sememangnya sudah berpuluh tahun mengajar.

“But you know, students here ada bezanya dengan tempat lain. Mereka sudah terbiasa dengan budaya dan cara hidup. Susah betul kita sebagai guru nak ubah..”


Aduh! Berat nanang! Gawat tahap gaban! Banyak betul??? Haha..just kidding. Tapi itulah prinsip pengajaran. Jadi guru betul-betul perlu bersabar. Mood mengajar boleh pecah bila murid tiba-tiba bergaduh, atau sakit, atau buat perangai. Induksi yang disediakan boleh ranap jika situasi-situasi tertentu gagal untuk di”sabarkan”? ^_^


My Boys, My Girls

Balik kampung, tersedar 24 jam. Aha,,saya ada 17 orang anak rupanya. Kebanyakan mereka adalah pelajar sekolah rendah. Cuma ada 5 orang sahaja yang di menengah. Senyum sendiri bila teringat gelagat dan pelbagai kerenah. Harusnya, dan sememangnya tiada siapa yang tidak sayang anak sendiri. Begitulah juga keadaannya, tak kira betapa riuh rendah tapi itulah juga keriangan dan kerinduaan sepanjang tahun. Teknik mengawal? Hehehe…^_^


Jamaah anak-anak : Alhamdulillah...^_^


 
Kaedah mendidik sudah mula berbeza antara anak-anak peringkat rendah dan menengah. As long we can get along..mudahlah nak bentuk mereka sebenarnya. Jadi, dekatkan diri dengan mereka dan get along! Dalam semua perkara…^_^
Alhamdulillah..!!


p/s: di sekolah sibuk ajar murid mengaji, balik umah kena pastikan anak sendiri pon pandai mengajilah kan. Ha, mana boleh biar anak kita sendiri terkontang kanting..peace!



*******************

“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”


Friday, October 19, 2012

enTitled




Dengan Nama Allah, Maha Pemurah Maha Penyayang..
Ya ALLAH, pada hatiku yang berbisik, pada lisanku yang berbicara, dan pada jariku yang menulis, moga Engkau ampunkan khilaf yang hadir padanya.


“Surprise is nothing coz it is just something new, but the everything is about how you endure it to be in the right way that it should be”

Tak semua orang berpeluang mengecapi nikmat Islam dan Iman. Ada yang dilahirkan dalam keluarga yang bukan beragama Islam, dan ada juga yang dilahirkan dalam keluarga Islam namun bukan yang mengamalkan Iman dalam kehidupan. Dua nikmat yang terbesar ini, sewajarnya disyukuri dan dihargai sepenuhnya oleh umat Islam.

Mungkin kita lahir dalam keluarga Islam, dan mengamalkan Islam itu serta menekankan iman. Itu nikmat yang tiada galang gantinya. Namun, masih ada yang lahir dalam Islam, namun masih teraba-raba mencari makna Islam itu sendiri, bahkan teraba-raba mencari erti kasih sayang yang hilang di tengah jalan. Mereka hidup dalam keuzuran, hidup dalam perjalanan yang payah, sepi dan sunyi. Tabahnya mereka berjalan dengan sendiri meski gelap pekat di depan. Mereka terus berjalan walaupun tidak tahu di mana arah tuju yang sebenarnya, apa yang mungkin mereka temui, semuanya hanya andaian yang nyaris tidak pernah wujud dalam fikiran.

Melihat mereka, meruntun jiwa. Senyum manis anak-anak muda yang tenang dalam kesempitan cinta. Bukan salah mereka jika tersasar dari jalanNya..namun, itu adalah salah KITA SEMUA, yang masih merasa diri sendiri penuh duka, sedangkan berbanding mereka, sudah tidak terkira betapa jauhnya beza nikmat yang ALLAH kurnia.

Dan Allah kini membukakan jalan nasr-Nya, bersama tanggungjawab yang semakin membukit. Mari mempersiapkan diri walaupun pasti ada kejutan pada hari demi hari yang perlu dilalui. Kejutan bukanlah apa-apa kecuali sesuatu yang baru, perkara yang menjadi segala-galanya adalah bagaimana kamu menghadapi kejutan itu dan meletakkannya di tempat yang betul seperti apa yang sepatutnya ia berada…

p/s: I’m moving now…and I’m very happy coz ALLAH gives me this opportunity. Alhamdulillah. ..Mohon kekuatan dari ALLAH untuk meneruskan ketabahan di perjalanan ini..^_^
*******************

“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”