Sunday, May 15, 2011

Mungkin yang terakhir...

Steamboat pertama dan terakhir..




14 Mei 8.00pm, kami bergerak dari UTM secara konvoi sebiji kereta dan sebiji motor. Niat untuk mencari steamboat bersama kawan-kawan UTM. Ini mungkin jadi kali terakhir kami makan bersama, dan kali ini kami memilih steamboat. Secara jujur inilah kali pertama penulis mengenal apa itu steamboat. Hurm, kampung atau ulu ni…tak kisahlah, yang kisah adalah peristiwa pada malam itu.


Kami sesat! Haih, dah lama duduk Johor pon sesat lagi. Nampak sangat budak-budak baik yang tak suka merayau-rayau (^_^V~~perasan). Yang sesat tu adalah penunggang motorsikal pula tu, langsung tak tahu jalan..penulis dengan rumate ni dah sampai mana-mana entah. Barulah yan kereta call bagitahu dah lepas. Penulis dah panas dah ni, sebab kami hanya ikut tanpa tahu langsung haluan, tapi kereta pulak hilang…dah la malam-malam dan penulis rabun, main redah je jalan tak ikut lampu Isyarat. Alhamdulillah masih selamat. Maka terpaksalah pusing..terlepas jalan, maka pusing lagi. Ada 3x jugak kami berpusing-pusing tu rasanya… baru sampai.


Dijadikan cerita, tempat tu dah bertukar. Maka perjalanan diteruskan lagi dengan misi mencari kedai steamboat. Masa ni dah tukar driver, kak noraziela yang pandu. Rumate naik kereta, dia dah takut nak bonceng dengan penulis sebab bila marah ni ganas sikit gaya memandu. Lagipulak sama-sama rabun, itulah asyik terlepas jalan ja.


Kami bertukar-tukar telefon guider Siti Zubaidah a.k.a Atie Ahmad. Pusing lagi, kak Nor sekali lagi terlepas jalan. Akhirnya penulis drive semula motor dengan kak Nor dibelakang sebab dia kata dia tak faham jalan. Lagipon dia penat mengemas bilik petang tadi. Kami pusing balik dan penulis macam biasa la, sebab rabun maka semua jalan main redah, jalan sehala pon dah jadi jalan dua hala. Lalu pulak depan balai polis dengan polis yang ada diluar melebihi 5 orang masa tu. Dah masuk jalan tu, baru perasan sign jalan sehala. Maka, selamba ja kami jalan dan buat tak tahu…tiup-tiup sikit, maka terlepaslah…


Akhirnya tiba jua.





Makan-makan dan bual-bual. Terambil banyak sampai susah nak habiskan. Kak Nor dah macam-macam gaya. Habis periuk dan pinggan dikacau-kacau dan diketuk, haih, Fatin plak dengan gaya dia sendiri, berusaha menghabiskan apa yang dah terambil. Kak Huda, Kak Syimah, Ai O, dan Kak Fad yang dimeja satu lagi cool jer. Siap tambah-tambah lagi, tapi mintak tolong habiskan kami punya mereka tak nak plak. Kak Miza pulak dah stop makan dan makan jagung jer..minat sungguh dia dengan jagung ^_^.


Aiskrim dan kami makan lagi. Ini kes makan atau apa? Dalam senang-senang dan suka-suka tu, kami bual-bual lagi. Macam orang-orang yang biasa-biasa, tapi macam tulah. Nak cakap pon susah nak tafsir. kEnapa semua jadi sangat nakal malam tu dan semua orang dah balik, tinggal kami ja kat kedai tu..paling lama makan…? Sebab masing-masing tahu, that will be the last night we spend together as a friend in UTM. Biarpun masing-masing tak kata apa, tapi tahap kenakalan yang mencacak naik itulah buktinya. Kak Kor dan Fatinlah yang paling nakal sekali. Kedua-duanya rumate dan bekas rumate saya. Nakal yang teramat sangat! Dah lah berjalan sana sini…


Namun, kenakalan itu ada batasnya dan hanya kami yang boleh terjemahkan bagaimana…^^,

Buat sahabat-sabahat, selamat jalan. Ini steamboat pertama dan terakhir penulis lalui bersama kalian. Banyak lagi kisah lain yang telah kita lalui bersama sebagai pelajar SPI UTM. Jalan sukar yang kita tempuh, kritikan dan pandangan sinis masyarakat. Kesilapan dan kekhilafan yang sukar diterima dan kisah-kisah perit antara kita. Tak lupa pada arwah Kak Hanan. Yakin dan pasti jika beliau masih ada, beliau kan bersama kita pada malam itu. Al-Fatihah.





Buat semua sahabat-sahabat SPI yang lain, Batch 2007- 2011. Selamat berjuang. Dah banyak kali sangat wish ni…jadi pastikan kita benar-benar berjaya nanti. Termasuklah adik-adik SPI yang lain. Jaga ya imej SPI elok-elok. Jaga imej ustaz dan ustazah..FTI. Dan paling penting kena ingat, masyarakat pandang kita sebagai imej Islam..walhal kita pon masih belajar lagi sebenarnya.


Buat sahabat PMI, yang juga masuk batch pertemuan 2007 muslimin dan muslimat. Selamat berjuang. Sahabat KSK, Kelab Iqra’ dan juga Rakan Masjid. Sahabat-sahabat lain yang mengenali diri penulis. Maaf salah dan silap ya.


********************

Betullah hidup di kampus, kita bebas. Apa nak buat tiada orang nak tegur. Kita buat suka hati ja. Maka tak mustahil ramai yang tumbang dan rebah. Bandar pulak menyajikan sejuta kelalaian. Alhamdulillah sepanjang 4tahun di sini, masih berjaya memegang amanah Allah pada diri sendiri, masih kukuh mempertahankan janji terhadap ibuayah. Semoga semua insan dikampus pon begitu juga.


Diluar sana, kehidupan baru sedang menanti. Lebih dahsyat dan lebih sukar. Malah sendirian pula. So, sahabat-sahabat teguhkanlah iman…dan segeralah cari buat majlis walimah (jangan lupa jemput) niatkan itu untuk ibadah kepada ALLAH dan menghindarkan urusan kehidupan dari pelbagai bentuk fitnah. Dan yang pastinya penulis nak kad tau, tak mau tag2 kat FB sahaja.

Baiklah, sampai jumpa lagi. Insya-ALLAH.



*************************


وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ لَوْ أَنْفَقْتَ مَا فِي الأرْضِ جَمِيعًا مَا أَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَكِنَّ اللَّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ إِنَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ (٦٣)

Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). kalaulah Engkau belanjakan segala (harta benda) Yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana

.

**************************

Sahabat! Saya sayang kamu semua!!

P/s : Penulisan kurang terarah, faham-fahamlah ya mood nya…

*******************

“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”








Monday, May 9, 2011

viva itu adalah penambahbaikan..



"Double Failed!!"

Kaku dan beku, kami terdiam. Resah dan tegang sudah melingkari segenap bilik kuliah tempat viva. Penulis yang menanti sebagai presenter kedua juga terkedu. Alamak! Inikah keputusannya? Tapi ustaz tak lama melakonkan watak ketegasan itu. Ketegasan untuk membina keyakinan dan keberanian diri. Malah ianya bertujuan supaya kami lebih cermat dan teliti dalam menyiapkan kerja-kerja kami.


Sedikit sebanyak perkara itu mengganggu ketenangan. Jika dia dapat "double failed" maka penulis? ALLAH sahaja yang tahu apakah debaran ketika itu.


"Cuba lihat tajuk kamu, bukan ke surah Luqman tu ayat Al-Quran? kenapa saya tak jumpa metode tafsir pon?" serius muka ustaz memandang. Soalan target! nyata sekali memang keluar. Allah, semalam sahabat penulis pon ditegur hal yang sama. Rasa lemah nak menjawab.


"belajar manhaj tafsir kan?"


"Ya ustaz, rasa sendiri perasaan kesilapan saya yang tidak memasukkan metode penafsiran al-Quran seperti dalam manhaj" Penulis merespon, dah tahu salah, baik mengaku ja.


"Tambahkan manhaj tafsir dalam ni, tentukan lah tafsir apa yang nak masuk..maudhu’iy ka, tahlily ka..” Ustaz komen lagi.

“Metode saya adalah tafsir maudhu’iy kerana subjeknya adalah pendidikan anak” penulis merespon lagi, hati-hati benar takut tersilap kata.


“Maudhu’iy ada dua, secara surah atau secara tema?”


“Tema ustaz, tapi sampling ayat dari surah Luqman ja..” aduhai, salah ke pemilihan ni?


“Baik guna surah, lepas tu dalam surah ada tema boleh…” penerangan ustaz melegakan, tapi “kamu buat dulu keseluruhan surah dari awal sampai akhir ada perbincangan apa, kemudian baru masuk tema” ustaz menambah.


“oh, ya ustaz, baik..” penulis mengangguk berkali-kali, tapi fikiran menghitung, satu surah? 31 ayat? Sedangkan yang asal hanya 7 ayat sahaja…itupon sampai nyaris **.


Giliran penilai kedua memberikan komen. Pasal apa? Teknikal semestinya! Kemudian, ustazah sengaja menguji kesahan dan konteks pengetahuan.


“Item ni merangkumi keseluruhan konsep pendidikan anak kah?” Ustazah mula menyerang bahagian kuantitif, tadi ustaz dah serang bahagian kualitatif.


“Semua item ini hanya berdasarkan apa yang pengkaji telah bina hasil tafsiran ayat-ayat fokus sahaja, jadi aspek selain item yang dibina adalah tidak dikaji.” Haisy, ini adalah jawapan standard berkaitan batasan kajian. Tapi, sesak nafas juga sebab apa yang didapati dari bahagian kuantitatif mempersepsikan secara keseluruhan. Ustazah angguk-angguk.


“Dah buat bahagian tafsir ni, mesti dah pakar bab-bab tafsir kan?” ustazah menyerang lagi. Alamak! Ini luar dari tesis ni, ustazah suka menyerang bahagian pengetahuan dan kebolehan kita dalam bidang yang dikaji biarpun ianya adalah berasingan daripada tajuk kita.


“Jadi saya nak tanya berkaitan tafsir la ya..” Allahumma Yasser!! Jantung berdegup kencang.


“cuba beritahu saya tentang ……………………………” Alhamdulillah, penulis segera menjawab. Alhamdulillah tepat! Alhamdulillah….Alhamdulillah. Dan ustazah rekomenkan aspek ini dimasukkan dalam tesis. Bertambah lagilah halaman tesisnya..


“ni hurai sikit ayat al-Quran ni, jangan letak ja,” ustaz beri komen semula. Dan banyaklah lagi apa yang dikomen oleh ustaz dan ustazah. Namun, hati jadi lapang kerana suasana waktu itu adalah nyaman sekali, tiada unsur-unsur ketegangan.

Secara keseluruhan, PSM adalah diterima, hanya penambahan metode sahaja. Tafsirnya dah betul,tapi metode tak dimasukkan maka jadilah tak berapa betul. Oleh itu, terpaksa dibaiki dengan beberapa aspek lain lagi.



saat-saat musafir demi mencari bahan tesis


Diam,

Terasa banyak pula yang perlu dibaiki usai viva laporan Projek Sarjana Muda. Walaupun viva dapat lepas dengan sebaiknya (markah tak tahu lagi) tapi berat juga proses pembaikan yang perlu dilakukan rasanya. Hendak pula, kitab tafir maudhu’iy banyak dalam bahasa Arab. Allah..perlu kepada penterjemahan. Tapi semua itu bukanlah pokok utama PSM. Apa pokoknya?


“ Ya ALLAH gagalkanlah hamba-Mu ini jika ada penafsiran yang dilakukan bersalahan dengan apa yang sebenarnya disampaikan oleh kalam-MU”



Inilah yang paling penting. Bermain dengan tafsir bukan perkara mudah..mengelak nafsu dan betul-betul memahami konteks ayat amat kritikal sekali. Ini fatwa, kalau silap apa yang akan terjadi? Elakkanlah diri ini dari jadi pendusta al-Quran. Sesekali rasa susah buat metode tafsir, kenapa berani sangat ni? Kan lebih selamat kalau kajian tidak melibatkan tafsiran nas begini? Kalau silap pon bukanlah perkara besar dalam mendustakan kebenaran. Tapi tafsir? Nahaslah kalau silap, macam mana nak dihitung amalan nanti?


“Ya Allah, berikanlah kefaqihan dalam mendalami agama-Mu, sesunggunhnya hamba-Mu ini telah memilih jalan ini untuk menuju redha-Mu, maka sampaikanlah ilham untukku agar apa yang kusisipkan dalam tugasan ini bertepatan dengan kebenaran kalam-Mu”

Ameen.

P/S : Better failed daripada mendustakan ayat Al-Quran! OK? Itu pendirian saya…sekarang Jom baiki PSM, dan buat betul2 ikut landasan hakiki!


************************



“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”