Sunday, July 28, 2013

Jangan Jadi USTAZ/AH




“Kalau tak siap untuk MATI, jangan jadi ustaz..
Kalau nak jadi kaya, jangan jadi ustaz, pergilah berniaga..bisnes”

Bersahaja nada suara ustaz Kancil, tetapi dalam dan menusuk benar ke dalam lubuk hati. Allah, Alhamdulillah atas nikmat kurniaan ini. Pagi tadi (28jul13) sempat bertemu seorang daie tegar di daerah penulis mengajar ini. Sudah lama namanya didengar, kini baru sempat bersua rupa.

Sudah 21tahun beliau menjadi Daie di sini. Banyak pahit maung dunia dakwah yang telah dilaluinya, caci maki, di usir, malah cubaan membunuh. Namun, tiada apa yang menggentarkan hati untuk terus berada dalam dunia dakwah kerana hati sudah yakin sepenuhnya dengan janji ALLAH.

“Dalam dakwah jangan fikir masalah…”

Ustaz Safuan, yang sudah 25 tahun memeluk Islam pula menambah perisa nasihat. Ya, betul, dakwah mesti diteruskan tidak kira apa jua masalah. Mukmin itu tenang dalam ketaatannya pada ALLAH, Redha dengan ujian dan dugaan yang diberikan oleh ALLLAH kepadanya.

Penulis sentap sendiri. Berapa ramai di kalangan kita yang benar-benar mengambil gelaran “ustaz/ah” demi dakwah yang sebegini perit jalannya? Dakwah yang tidak diuji itu bukan medan yang sebenarnya, kerana ujian itu adalah hiasan yang lebat di setiap dahan-dahan dakwah.

Ya ALLAH..bimbangnya memakai gelaran “ustazah” ini. Bimbang dan takut pada persoalan tanggungjawab yang akan ditanya di Akhirat nanti.

[ Program jalinan kasih di Kg Segubang, Bau. Kawasan Minoriti Islam-mualaf]


************************
Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”