Saturday, June 23, 2012

Menghangatkan kembali tangisan itu...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang....

Ada derai airmata yang mengalir lebat di dalam dada. Ada sendu yang berirama mengah disanubari. Fikiran kelu dengan senyuman tergaris lesu di bibir, sekadar menyembunyi rasa dan meraikan yang ada di depan mata. Seingatnya, ketika mula tiba, bukan perasaan itu yang terasa. Sebaliknya dengan penuh kesyukuran menerima segala apa yang ada. Entah kenapa, kini bila terjumpa "mereka", hati pecah berderai di landa kebimbangan yang tidak bertepi. Bahu roboh tertimpa gunung tanggungjawab yang terlalu berat. Hanya Allah yang Maha Tahu keadaan itu. "Mereka!", keadaan "mereka" buatku lesu, dan bisu dalam jeritan ketakutan yang teramat dalam.

Wajah comot yang "bersih" itu, kelihatan natural tanpa sebarang kerisauan. Galak bergurau dan bersenda. Ringkas dan biasa-biasa aja. Memandang dengan pandangan yang berkaca, betapa kosongnya "mereka" dan betapa berdosanya aku!

"Mereka" tidak ramai, namun kisah "mereka" juga tidak mudah! Minda mereka terlalu mentah hinggaku bagai tak mampu mengisi. Aku lah yang menangis, dalam kepayahan ini, dalam keinginan untuk melarikan diri dan menyelamatkan mimpi, ada perasaan bersalah yang menghimpit! Mustahil ku tinggalkan "mereka" setelah mereka kini selamat diamanahkan kepadaku!

Selamat yang mungkin ya, mungkin tidak...aku tidak tahu kerana bukan aku penentunya. Tugasku mengajarkan sedaya upaya. Itu sahaja! Ya ALLAH! Bantulah hambaMu menghangatkan kembali airmata itu, supaya titisannya nanti mengalir hanya kerana cintaMu. Tak Dingin membeku dalam sendu keliru, tapi gugur atas erti tahu dan mahu, lalu menghangat semarak hangat perjuangan para syuhadaMu...

Ameen ya Allah, Ameen ya Rahman, Ameen ya Rahim..


*********


"Mereka" terlalu kosong, tidak tahu apa-apa. Siapa Tuhan, siapa Nabi juga bukan pengetahuan "mereka", "mereka" hanya sekadar Islam pada nama. Dan menumpang hidup pada yang bukan seagama.

Allah selamatkan kami dari kezaliman dunia ini..T_T

Entah sejauh mana ijazahku mampu membantu...


*******************
“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”

1st Posting.



The mediocre teacher tells. The good teacher explains. The superior teacher demonstrates. The great teacher inspires
Ward , William A


Meneruskan perjuangan yang perlu dimulai semula. Masih termagu-magu, bagai orang yang hilang arah dan punca. Namun, masa tidak begitu cukup untuk berdiam lama-lama. Langkah mesti diteruskan tak kira bagaimana jua keadaan, persekitaran dan rakan taulan. Masih ada yang perlu dilaksanakan. Bukan masanya untuk berhenti, tapi ini adalah masa untuk bermula semula dalam sebuah larian yang agak panjang.

Allah tidak akan menguji sesuatu yang di luar kemampuan seseorang. Sahabat-sahabat masih ramai yang teruji dengan sejuta kepayahan. Apa yang penulis temui hanyalah sebuah ujian yang kecil berbanding mereka. Jadi, tak perlulah merungut.

Perkara yang paling penting sekarang adalah "mereka". Moga Allah berikan kekuatan untuk terus berada di sisi mereka. Untuk memberikan mereka segala yang terbaik, segala yang fardhu. Dan keluarkan mereka daripada kejahilan yang gelap itu. 
ALLAHUMMA UNSURIL ISLAMA WAL MUSLIMUN...




*******************
“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”