Sebuah pertemuan di tentu Tuhan, termaktub perjanjian termetrai ikatan, ukhwah dibina tanpa keraguan, menabur bakti itu diusahakan..
kukuhkanlah sahabatku akan persefahaman.. teguhkan pula segala ikatan.. kasih cinta yang mendebarkan... kehilangan demi kehilangan pernah kita rasakan sehingga menitis airmata tiada kekeringan..
Berlarutan rindu tiada pernah kelupaan.. yang pergi lenyap meninggalkan.. yang diuji terusan di ibrahkan.. Biar lemah salinglah menguatkan..
Allah itu Maha Penyayang... diutus ujian menguji kekuatan dan kerukunan persahabatan.. adakah bisa dilalui segala ancaman, adakah bisa dilepasi segala kepincangan..
Benarkah ISLAM itu kita amalkan, kerana persaudaraan itu Rasulullah tekankan, ibarat muhajirin dan Ansar yang disatukan Akhirnya kuat, bangun menggegarkan..
Dan perjalanan dakwah kita teruskan, hingga kini hampir dipenghujung jalan, tersungkur jangan, rebah kita pertahankan bangun terus..kuatkan terus bertahan..
:::Maat taufiq wan najah :::
~~Uhibbukum fillah~~
24 Disember 2010 1:38 am (malam sblm exam Ulum Hadith dan pertemuan NAM globe '10) KTF, UTM, Skudai
--Ilham slps mlht gmbr ksyngn batch 2SPI (2008), tercari wajah arwah..namun tiada, ketemu wajah temannya, tapi bercuti kerana ujian yang Allah berikan.. Sengaja tak letakkan gambar itu disini...moga jelas di kotak minda walaupun gambarnya tiada.
*****************
“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”
apa yang ada...jarang disyukuri.. apa yang tiada...sering dirisaukan.. nikmat yang dikecap..baru kan terasa.. bila hilang..apa yang diburu.. timbul rasa jemu...bila sudah di dalam genggaman...
dunia ibarat air laut.. diminum hanya menambah haus.. nafsu bagaikan fatamorgana.. di padang pasir..
panas yang membahang disangka air.. dunia dan nafsu bagai bayang-bayang.. dilihat ada ditangkap hilang..
Tuhan.. leraikanlah dunia.. yang mendiam di dalam hatiku.. kerana di situ tidak ku mampu.. mengumpul dua cinta.. hanya cintaMu ku harap tumbuh.. dibajai bangkai dunia yang kubunuh..
apa yang ada...jarang disyukuri.. apa yang tiada...sering dirisaukan.. nikmat yang dikecap..baru kan terasa.. bila hilang..apa yang diburu.. timbul rasa jemu...bila sudah di dalam genggaman...
dunia ibarat air laut.. diminum hanya menambah haus..
Tuhan.. leraikanlah dunia.. yang mendiam di dalam hatiku.. kerana di situ tidak ku mampu.. mengumpul dua cinta.. hanya cintaMu ku harap tumbuh.. dibajai bangkai dunia yang kubunuh..
hanya cintaMu ku harap tumbuh.. dibajai bangkai dunia yang kubunuh..
hanya.. cintaMu... ku harap tumbuh..
dibajai bangkai... dunia yang kubunuh....
************
“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”
Allah jua yang Maha Mengetahui..Dia yang mengaturkan sesuatu untuk hambaNya yang beriman. Dia yang meletakkan sesuatu..kita hanya berusaha..memilih atas apa pertimbangan, lalu membuat keputusan..dan keputusanNyalah yang paling hakiki..
Kenapa tajuknya jatuh redha? Bukan jatuh hati..atau jatuh cinta? Erm, sebenarnya ia berkaitan juga. Pabila kita suka pada seseorang, berusahalah kearah yang diredhai Allah..kemudian jika ditakdirkan dia bukan untuk kita..maka jatuhkanlah redha kedalam hati..terima seadanya siapa yang telah ditentukan untuk kita. Bukan semua yang kita suka tu baik untuk kita sebenarnya..inilah janji Allah:
kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (2 :216)
Tapi, bukan isu ini yang penulis maksudkan..
*********************
Baru-baru ni, chatting dengan adik yang ambil Usuluddin di suatu kolej universiti yang mana penulis pernah sama-sama ke sana. Tapi penulis masuk ke sana ambil syariah, sebulan saja, kemudian pindah ke UTM. Sembang-sembang kami ni pastinya tak dapat lari daripada medan akademik. Macam mana akademik, sem ni ok tak, exam dah habis ker, dan lain-lain..tapi isu besarnya akademik..adik ni..senarai dekan juga setiap sem..
Banyak yang dibualkan, diceritakan, namun yang tersan
gkut di hati penulis adalah sedikit kesedihan..kelelahan dan mungkin juga kekesalan. Kenapa? Adik kesayangan ni cerita dekat penulis dia menangis dalam kelas sebab masa mid test dapat separuh ja markah. Jadi penulis tanyalah subjek apa,..tayyarat katanya. Terdiam kejap.. tayyarat tu apa? Pemikiran..owh akak pun amek pemikiran Islam, memang susah..dan bual-bual lagi….
Yang satu tu firaq, yang satu lagi tayyarat..keduanya berkaitan
aliran pemikiran…
Owh…akak gabung keduanya dalam subjek pemikiran Islam..
Sapa lecturer?
Lecturer dari Iraq…
Wah..! dah mantap bahasanya!
(^_^)
…………………….
Allahu Rabbi..hanya Engkau yang tahu…apa yang terdetik dihati..
**************
Sejujurnya kadang-kadang rasa malu yang teramat sangat dengan adik-adik dan sahabat-sahabat yang belajar di sana. Mereka faqih dan mendalam mengenai sesuatu ilmu agama itu. Mereka hafaz dan maklum akan setiap peristiwa, mereka fasih dan lancar menyebut lahjah. Sedangkan penulis masih di takuk lama rasanya..tiada peningkatan yang sehebat itu..lemah dan lalai, lemba
b dan tak berguna..
Ya Allah..kenapalah UTM yang menjadi pilihan? Thaqafah ilmunya terlalu sedikit, terlalu cair sehingga hati ini hilang mutmainnahnya..biahnya hambar tiada manis dengan halawatul iman sehingga jiwa ini hampir kosong titisan embun ehsan..yang ada hanya kekacauan, pergelutan dan seribu macam dugaan dan cabaran. Lemah dan longlai mengatur langkah. Selisih dan telagah yang berpanjangan..ALLAH..
BUKAN SALAH UNIVERSITI!!
Itu benar. Bukan salah universiti. Kamu yang memilih jalan untuk kamu lalui. Kamu nak belajar agama tetapi datang tempat yang penuh mesin? Ha..rasa sesuaikah? Allah dah bagi kamu peluang masuk ke biah solehah..bait mutmaainnah..asatizah faqihah.. sahabah syamilah.. kamu yang memilih untuk beredar dan datang ke tempat kejuruteraan kan? Kamu yang memilih, kamu yang memutuskan..salah kamu itu!
************************
Merenung kembali apa yang berlaku, penulis sedikit sebanyak meletakkan beban kekesalan itu kepada diri sendiri. Sepanjang masa ada sahaja soalan keraguan menimbulkan kesedihan, kenapa ditakdirkan ke sini..kenapa ke sini..? Namun, penulis juga sudah memberikan jawapannya kepada raisah…tanpa sedar..
Dia letakkan diriku disini supaya kukenali kamu sahabatku..belajar untuk bersama-sama kamu..Jika bukan pilihan ini yang kuambil, nescaya kalian tida k akan kutemui..mungkin juga perjuangan ini turut tidak bisa kurasai..
Ada sesuatu yang Allah ingin berikan kepada penulis..agar jiwa ini belajar mengerti sesuatu. Agar diri ini tidak terusan lena dalam kedamaian rasa. Ada pukulan lembut yang kembali menghidupkan, ada sindiran manis supaya kaki terus melangkah..
Jika ilmu yang kamu kurang, maka bertungkuslah berlari mengejarnya,,
Jika perjuangan yang kamu kehilangan , maka bersegeralah memasuki saffnya,
Jika pengorbanan yang kamu kelalaian, maka bangun dan capailah ruhnya…
Di sini ada…sama seperti di sana..walau berbeza..Islam itu tetap sama..ada untuk sesiapa sahaja yang mencarinya. Ada untuk sesiapa sahaja yang mengingininya… Tidak pernah tiada.
Dan hikmahNYA amat luas dan mendalam..walau ada kesilapan segera DIA ampunkan lalu diberikan lagi hikmah atas segala ujian. Penyayangnya ALLAH sehingga terlalu sukar untuk diungkapkan..
-----------
Ya ALLAH..jatuhkanlah redha ke dalam hati hambaMu ini.. Moga mampu kugapai kemuliaan itu dengan izinMu..moga Berjaya kucapai ilmu itu dengan Barakah hanya dariMu jua..Ameen.
dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (2 :216)
************
“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”
Salam Imtihan untuk semua sahabat, mohon maaf apa yang tersalah selama ini.., dan terima kasih atas segala bantuan dan sokongan yang telah diberikan sepanjang melalui perjalanan ini. S
Syukran kepada kak Akma atas jadual ni, sangat membantu..
159. Maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan Yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya.
************
“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”
Alhamdulillah 'ala kulli hal, wa a'uzubillah min hal ahli nnar.. diserang rasa rindu.. ************
(Ya Rasulallah…) Kau masih tersenyum mengubat lara Selindung derita yang kau rasa Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan
Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita Di pangkuan isterimu Humaira’ Menunggu saat ketikanya Diangkat rohmu bertemu Yang Esa
Tangan dicelup di bejana air Kau sapu di muka mengurangkan pedih Beralun zikir menutur kasih Pada umat dan Akhirat
Dan tibalah waktu ajal bertamu Penuh ketenangan jiwamu berlalu Linangan air mata syahdu Iringi pemergianmu
Oh sukarnya untuk umat menerima Bahkan payah untuk Umar mempercaya Tetapi iman merelakan jua Bahawa manusia ‘kan mati akhirnya
Tak terlafaz kata mengungkap hiba Gerhanalah seluruh semesta Walaupun kau telah tiada Bersemarak cintamu selamanya
Ya Rasulallah Kau tinggalkan kami warisan yang abadi Dan bersaksilah sesungguhnya Kami merinduimu
***************
Seorang sahabat menegur penulis, beliau kata penulis ada sifat ego dalam diri. Terkedu sebentar, agak terasa tetapi Alhamdulillah, syukur juga ada sahabat yang sudi menegur. Tegurannya biasa-biasa sahaja, tapi mampu buat kita berfikir. Beliau tegur tanpa sebarang makian atau cacian dan direct kepada penulis, tidak pula diheboh-hebohkan atau dikutuk belakang. Beliau bercakap dengan bukti dan dalil,
terang dan jelas. Walaupun agak sedih juga tetapi ini adalah peluang yang Allah beri kepada penulis, peluang untuk berubah. Gembiranya bila kami boleh saling menegur tapi persahabatan tetap indah dan baik. Gurisan luka terubat terus sehingga hilang kesannya tanpa parut.
Penulis akui ada kelemahan ini, cuma yang penulis sedar tentang diri sendiri selama ini bukanlah ego tetapi degil. Sikap penulis sering mengikut dan mematuhi sahaja perintah dan peraturan yang ditetapkan, tapi sekali penulis membantah, bantahan itu akan kukuh sehingga ada yang menjelaskan dan dalil yang boleh mematahkan kefahaman lama. Tanpa dalil yang kukuh maka keputusan membantah kekal teguh di dalam diri. Waktu ini kami akan berhujah dan bertekak, berbincang dan semestinya agak tegang. Mungkin inilah yang dimaksudkan dengan ego itu. Jadi, penulis perlu ubah perkara ini, insyaALLAH akan diusahakan.
Serentak itu, rindu pada kekasih Allah terusan bertamu. Indahnya baginda dengan akhlaq terpuji, memikat dan menambat hati. Moga diri ini berpeluang mengikuti sunnahnya yang indah. Ameen.
21. Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, Iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)
(al-Ahzab :21)
Syukur ya ALLAH...masih ada peluang untuk membaiki diri. Untuk sahabat (E-R) yang menegur diri ini, syukran jazilan. Uhibbuki Fillah, ukhwah abadan abada lillah.
(Amar makruf Nahi Munkar)
*****************
“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”
“These were ever quick in emulation and good works; they
Used to call on Us in love and reverence,
And humble themselves before Us”
(Al-Anbiyaa : 90)
Moga ia sehangat Air mata itu...
"Api neraka diharamkan ke atas dua jenis mata. Pertama, mata yang menangis kerana takut kepada Allah. Kedua, mata yang berjaga malam untuk memelihara Islam dan umat Islam daripada serangan orang2 kafir".
(Mafhum Hadis)
Takirah
Rasulullah SAW bersabda: " 7 golongan akan diteduhi oleh bayangan rahmat Allah pada hari Qiyamat"
Mereka adalah:
Pemerintah yang adil
Pemuda yang menggunakan masa muda remajanya untuk beribadat kepada Allah
Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut pada masjid
Dua orang yang berkasih sayang antara satu sama lain semata-mata kerana Allah. Mereka bertemu kerana Allah, dan berpisah kerana Allah.
Lelaki yang digoda oleh wanita bangsawan yang jelita, lalu dia berkata," Sesungguhnya saya takut kepada Allah!"
Seorang yang memberi sedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui sedekah yang diberikan oleh tangan kanannya.
Lelaki yang mengingati Allah berseorangan sehingga berlinangan air matanya.
[Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim]
Air Mata
Lapisan air mata sendiri terdiri dari tiga lapisan iaitu : Lapisan minyak, Lapisan air dan Lapisan Lendir. Lapisan minyak merupakan lapisan paling luar yang dihasilkan oleh kelenjar-kelenjar kecil pada pinggir kelopak mata yang bernama kelenjar Meibom. Fungsi dari lapisan minyak ini adalah untuk melicinkan permukaan mata dan mengurangi penguapan air mata.
Airmata melindungi mata dari kuman dan mengandung Lyzosime yang dapat membunuh berbagai-bagi mikrob. Lyzosime ini sendiri adalah zat desinfektan yang lebih keras dari zat-zat kimia yang digunakan untuk mendesinfeksi seluruh tubuh. Subhanallah, marilah kita berhenti sejenak untuk berfikir. Bagaimana mungkin, mata yang merupakan organ yang sangat halus, dapat "tahan" dengan kandungan zat kimia sekeras Lyzosime tersebut tanpa menimbulkan iritasi dan sebagainya. Jawabannya sudah sangat jelas, bahawa ini adalah salah satu bukti penciptaan Allah SWT.
1- "Pencuri yang paling jahat ialah orang yang mencuri sembahyangnya, yakni tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya. Dan manusia yang paling bakhil ialah orang yang bakhil memberi salam" (Riwayat Tabrani)
2- " Satu dirham riba yang dimakan seseorang, sedang ia tahu, lebih buruk di sisi Allah daripada tiga puluh enam kali berzina" (Riwayat Ahmad & Tabrani)
3 - "Langit manakah yang akan melindungiku dan bumi mana menerimaku jika aku mengatakan apa yang tidak aku ketahui" (Abu Bakar as-Siddiq)
4- " Permudahkanlah dan jangan persusahkan, gembirakanlah dan jangan menghalau" (Riwayat Bukhari&Muslim drpd Anas)
5-"Engkau tidak bercakap dengan suatu kaum dengan percakapan yang tidak tdapat (Sampai) akal mereka kepadanya, melainkan hal itu menjadi fitnah ke atas sebahagian mereka" (Ibnu Mas'ud)
6 - "Amal perbuatan yang paling disukai Allah ialah yang berterusan meskipun sedikit" (Riwayat Bukhari&Muslim drpd 'Aisyah r.a.)
7- "Keutamaan ilmu lebih aku sukai daripada kemuliaan ibadat; dan sebaik-baik agama kamu ialah warak (menjauhkan diri daripada segala dosa)" (Riwayat Bazzar&Tabrani)
8- "Diampunkan segala dosa orang yang mati syahid melainkan hutang" (Riwayat Muslim drpd Abdullah bin Umar)
Madah Syauqi (Pujangga Islam)
" Degup jantung seseorang berbisik kepadanya:
Sesungguhnya hidup hanyalah himpunan detik dan saat! Jadikanlah dirimu disebut-sebut sesudah matimu, kerana sebutan itu merupakan umur kedua"
mutiara
Destinasi Cinta
Saya menakrifkan perasaan sayang sebagai keinginan untuk melindungi. Sebagai contoh, jika kita sayang kepada sesuatu kita akan melindunginya daripada rosak dan calar, begitu juga terhadap manusia, kita kan cuba melindunginya daripada luka dan...derita.. dan sayang kepada agama, kita melindunginya dari jatuh dan terhina.
Saya juga mentakrifkan melindungi sebagai amar makruf nahi munkar, menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran. Sebagai contoh menyuruh 'permata' kita melindungi kilauannya dengan menghijab diri dan melindungi dari kesilapan yang berterusan secara menegurnya. Bukan melindungi tanpa menegur kesalahan yang telah dilakukan.
Sayang pada sahabat mslimin, jauhi mereka kecuali dalam hal y perlu. bercakap dengan mereka tapi tegaskan suara, kawal senyuman...bukan sombong tapi tanda sayang itu melindungi mereka dari menambah dosa kerana kita.
sayang pada sahabat mslimat, tegur mereka atas apa yang tidak sepatutnya mereka lakukan..semoga Allah beri kekuatan yang sebegini..insyaALLAH.
Diari cintaku~~
"Ya ALLAH, jauhkanlah aku dari merindui dan mengasihi insan yang bukan haq (benar) untukku. Palingkan hatiku dari tersentuh dan menyentuh hati insan yang bukan ditakdirkan untukku.
Tentukanlah "dia" itu dari kalangan hamba yang mencintaiMu lebih dari segalanya.
Teguhkan cintaku padaMu agar aku hanya melihat "dia" yang telah Engkau takdirkan untukku sahaja dalam diari cintaku"
~Ameen ya Allah~~
*************************************************
"Jika memilih tidak bercinta sebelum berkahwin seperti kehendak syarak, jangan sampai berkahwin dengan seseorang yang kita tidak jelas tentang agama dan akhlaknya. Jangan mudah terpesona dengan apa yang terpapar di mata. Perlu merisik dengan bijaksana dan penuh kreativiti"