Monday, May 24, 2010

Irama Kehidupan (1)

Irama kehidupan

Tiba di Sri Putri : 08:45 pm (sahabiah hantar)

Naik bas :09:30pm (dah terbiasa tunggu sorang-sorang)

Sampai di Kangar : 09:30 am (dengan baki hanya 2 orang penumpang sahaja didalam bas)

Sampai di rumah :09:50 am (Mak dan Ayah tak da, p kndri umah Cu – mak dua kali telefon masa pagi tu, tp bas masih kat Aloq Staq, sebab lewat sangat takkan la tak pi tolong kenduri umah Cu- its okay)

Petangnya, sibuk ‘menyinggah’ di rumah Cu. Kenduri Aqiqah anak sepupu yang baru lahir… dan Alkisahnya di kehidupan ini…


Irama Kasih


Sepupu penulis selamat melahirkan putera sulungnya pada 2 Mei 2010, anggaran masanya jam 8 malam. Semasa dilahirkan, anaknya kelihatan normal sahaja. Namun pagi esoknya, bayi kecik tu dah mula tercungap-cungap seolah-olah tak dapat bernafas. Bila pemeriksaan rapi dibuat keatas bayi kecik tu, barulah tahu bahawa bayi itu menghadapai masalah saluran jantung dan jantung berlubang. Daripada hospital Kangar, anak sepupu penulis tu terpaksa pula dikejarkan ke hospital Pulau Pinang. Dan dipendekkan cerita, mereka terpaksa bertukar ke hospital swasta kerana memerlukan pembedahan segera.


Tahu berapa kos untuk pembedahan si kecil tu? RM 30,000.00! Mengucap panjang penulis bila dapat tahu. Tapi, keluarga suami sepupu penulis tu sanggup bayar, apatah lagi si kecil tu merupakan cucu sulung family mereka. Bayi kecil tu ditahan di wad selama dua minggu. Alhamdulillah, pembedahan berjaya dan bayi di benarkan pulang. Namun rawatan susulan tetap perlu terus dijalankan. Menurut sepupu penulis, bayinya itu masih perlu menjalani dua kali pembedahan, iaitu ketika berusia 5 tahun dan 15 tahun. Dan kos setiap satunya mencecah angka puluhan ribuan ringgit. Malah untuk setiap satu rawatan susulan juga mencecah ratusan ringgit. Siapa sangka permata hati di uji sebegitu dan ibubapa turut teruji dengan kesakitan si kecil.


Irama sendu


Nak dijadikan pula pengajaran dalam kehidupan ini. Abang sulung sepupu penulis ni pulak, tak balik langsung lagi untuk tengok anak sedara yang sakit ni. Dari pandangan penulis, mak dan Cu sendiri, memang tak patut sangat. Kerana sepupu penulis ni memang jenis yang take care sangat anak-anak abang dia ni. Dia la yang selalu jaga, apatah lagi anak-anak abang dia ni mengaji di Perlis. Jadi memang dia (sepupu penulis) ni la yang selalu uruskan anak-anak abang dia ni. Dah la kerenah budak-budak tu macam-macam. Macam mana seorang abang yang boleh balik dari KL ke Perlis 2-3 kali sebulan masa anak dia buat hal kat sekolah, tak balik tengok anak adik dia yang sakit sampaikan hujung nyawa dah tu? Antara hidup dan mati? Wah, hebatnya hati seorang abang!! Kalau nak kata tak mampu, memang kaya melana, lain la kalau miskin kedana.


Betul kah orang kata, bila masing-masing dah bekeluarga adik beradik bukan lagi sesiapa? Adik beradik hanya penting ketika kita susah, tapi bila mereka yang susah, kita tak peduli pon tak pa? Urusan kehidupan kita lebih penting dari nyawa putra kesayangan adik kita? Sedangkan kalau anak kita yang sakit, sanggup gadai nyawa? Oh, hanya kitakah yang ada perasaan keibubapaan dan orang lain tiada? Kita bukan lagi seorang abang selepas kita jadi seorang suami atau ayah? Kita bukan lagi seorang kakak selepas bergelar isteri dan ibu??? Tapi kami diamkan saja..sepatah pon tak da sapa2 bercakap depan sepupu penulis tu macam tu. Tak perlu nak apikan, kalau dia terasa pon kita yang berperanan menyejukkan. Biarpon hati sendiri meledak2 macam gunung berapi.


**********

Dalam kehidupan ni kita tak akan dapat lari dari ujian. Sama ada ujian itu datang terus kepada kita, atau datang secara melalui orang lain. Kita diuji dari pelbagai sudut, fizikal dan mental. Perasaan dan jiwa kita turut merasai segala ujian ini. Mungkin kita diuji dengan kekurangan harta, sehingga susah untuk membesarkan anak-anak, atau diri sendiri melalui kesempitan hidup bersama ibu bapa. Atau mungkin kita berhadapan dengan ujian fizikal yang tidak sihat atau selalu sakit. Mungkin juga orang-orang kesayangan kita selalu sakit dan selalu menderita. Kita mungkin di uji juga dengan pemergian orang kesayangan.


Malah, kita mungkin diuji dengan “peperangan perasaan” yang panjang. Bila hati dicuit rasa oleh tindakan ahli keluarga tersayang. Bila hati terguris dek kata-kata dan tindakan orang-orang yang terdekat. Sampai kadang-kadang kita kalah dalam peperangan ini. Jadi berlaku lah pertempuran yang dahsyat.


Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar

(Al-Baqarah :155)

Allah telah menetapkan kepada setiap hambaNYA, secebis dugaan dan ujian dalam kehidupan. Setiap satu pasti menghadapi ujian masing-masing. Sama ada ringan atau berat, ujian itu masih di dalam lingkungan kemampuan hambaNYA. Dan kita sebagai seorang hamba perlu sentiasa bersedia untuk sebarang dugaan yang bakal mendatang. Penulis sendiri kadang-kadang tertanya-tanya adakah sudah cukup bersedia jika Allah menaqdirkan ujianNYA secara tiba-tiba. Adakah kekuatan yang dicari dari secebis doa dan amalan yang koyak rabak ini mampu menjadi ketabahan dalam menghadapi irama kehidupan ini.


Namun, Allah telah menjanjikan kegembiraan kepada orang-orang yang bersabar. Janji yang tidak akan dimungkiri. Jadilah senyumlah wahai insan-insan yang terluka dalam menghadapi ujianNya, andai kita bernafas dalam kesabaran, ada ganjaran berita gembira untuk kita semua.

***********


“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”

Ameen ya Rabbal ‘Alamin.


2 sahabat/iah:

QaisaraRaudhah said...

Kadang2 kita sering lupa kepada tanggungjawab kita yang lain apabila memikul tanggungjawab yg baru.. Harap2 kita akan ingat tanggungjawab yang sudah sekian ada pd kita dan mungkin akan bertambah di masa akan datang..

tasnim said...

Allahu rabbi...