Tuesday, March 23, 2010

On-Off : erti disebalik

Dengan nama Allah, Maha Pengasih Maha Penyayang..

Alhamdulillah masih lagi ‘on’…

****

Seminggu kebelakangan ini, keadaan di blok kurang stabil. Bekalan elektriknya selalu ‘off’. Tak tahu apa punca dan sebabnya. Kejap on…tengah sibuk guna elektrik, tetiba off. Sekejap lampu bercahaya, tetiba padam. Dah beberapa kali juga juruelektrik datang tapi masih tak jumpa penyelesaian. Blok kami je, blok depan nyala jer lampunya. Entah apa masalahnya. Kejap ada kejap tiada..macam chipsmore. Susah juga macam ni, tetiba jer assignment yang dah hampir siap ditaip hilang separuh, sebab elektrik off tak sempat save.

Black-out ni tak kira masa, pagi, petang, siang, malam..hari tu nak test qawaid lughah. Kira-kira kul 3 pagi, kononnya nak membaca, sekali black-out. Hah, nasiblah. Jawabnya esok pagi baru kalut membaca sedangkan kelas dari pukul 8-10…kul 11 dah test. Itulah, mana preparation? Nasib baik dah baca jugak sikit sebelum tu, dan tajuk yang masuk merupakan tajuk presentation group sendiri, sikit sebanyak ingat juga lagi.

Dah tu, pagi-pagi pon off, tak sempat nak gosok baju. Herm,..tapi nasib baik ada baju yang tak perlu digosok. Pakai ja walau dah banyak kali ulang tayang siaran. Jadi kena la berjaga-jaga.



--suis yang sekejap on, sekejap off --

*****

On dan Off = hidup dan mati.

~On ketika dilahirkan, off sekejap ketika tidur, kalau masih ada rezeki on balik, tapi kalau tak off terus~

Mati itu pasti!

Ramai diantara kita percaya, malah mungkin keseluruhan manusia percaya bahawa mati itu boleh datang menjemput pada bila-bila masa sahaja. Dimana-mana, sama ada sedang berjalan, berlari atau sebagainya. Saat malaikat datang ke sisi dan mencabut nyawa. Tidak cepat atau lewat sesaat pun. Tepat pada masa dan ketika.

FirmanNYA:

“ ..Dan Allah tidak sekali-kali menangguhkan seseorang apabila ajalnya sudah datang; dan Allah sangatlah mengenal apa yang kamu kerjakan..” ( Al-Munafiqun: 11)

Namun, entah berapa ramai pula yang sedar untuk membuat persiapan. Ibarat menghadapi test. Esok pagi jam 8 ada test. Ingat nak study malam. Tetiba malamnya black-out, dah off. Belum study apa-apa lagi. Agaknya boleh jawab ke test tu? Lainlah kalau sebelum ini tiap-tiap hari study tak kira ada test ke tak..sentiasa bersedia untuk di test. Ini test yang dimaklumkan. Kalau test mengejut?

Hidup juga macam tu, malah kita tak dimaklumkan bila test tu. Yang pasti test (alam barzakh,perhitungan amalan dsb.) itu ada. Preparation tak boleh buat last minute sebab tak tahu. Lainlah banduan akhir yang memang dimaklumkan sekian haribulan akan digantung. Sempatlah dia buat persediaan. Itupun siapa yang tahu kalau-kalau mati menjemput lebih awal.

Jadi, perkara yang paling mudah untuk dilaksanakan adalah bersedia. Buat persediaan awal-awal, top-up dari semasa ke semasa. Jalan Islam itu cukup indah jika melihatnya dengan mata hati. Bukan perlu membina bangunan pencakar langit dalam sekelip mata, tapi menimbun gunung dalam usaha yang beransur-ansur.

Penulis sendiri kadang-kadang terlupa akan hal ini. Lalu Allah berikan peringatan dalam kiasan perjalanan hidup. DIA izinkan elektrik di blok penulis on-off, lalu penulis dapat ambil iktibar. Beristigfar panjang. Merasai dan mengetahui akibat jika tidak buat persiapan lebih awal. Merasai dan mengetahui bagaimana kalutnya nak menjawab test tanpa persediaan. Walaupun jawapannya bocor (dah ada dalam buku teks) tapi kalau tak bersedia, tak baca, tak ingat dan tak praktis? Boleh ker menjawab? Di dunia jawab dengan tanganlah..di Akhirat hanya amalan yang memberikan jawapan.


*****

Ramai orang yang takut mati..tapi tak nak buat persediaan untuk mati? Kenapa ya?
Erm, kenapa manusia takut mati? Sedangkan mati adalah syarat untuk bertemu cinta Allah?

Seorang pernah bertanya kepada Abu Dzar al-Ghifari, salah seorang sahabat utama Nabi saw.
"Apa yang tidak beres pada diri saya sehingga saya takut mati?"
Jawab Abu Dzar, "Karena engkau telah mengembangkan (memakmurkan) duniamu (saja), sedangkan akhiratmu engkau hancurkan. Maka, engkau tidak mau berubah dari kemakmuran menjadi suatu kehancuran."

Ya Allah, mudah-mudahan kita tidak termasuk di dalam golongan ini.

*****

Dan dah 3 kali elektrik on-off sepanjang penulis menaip ni. Nasib baik ada bateri. Beruntung di dunia? Adakah masih boleh beruntung di akhirat sana?
Ya Allah, Engkau jadikanlah kami orang yang beruntung di Akhirat nanti. Boleh menjawab ‘test’ dan mampu untuk lulus.

Wallahu’alam.

2 sahabat/iah:

Ahmad Solihin Mohd Amin said...

terima kasih kak atas peringatan...

moga kita berjaya di dunia dan di akhirat....amin

NORAZLINDA AMIN said...

semenjak 2-3 hari ni, banyak pula tazkirah dpd sahabat2 mengenai kematian.. alhamdulillah, mengingatkan saya supaya kurang mencintai dunia.. syukran..